ShoutMix chat widget

25 August, 2011

Tinggikan Semangat Belajar

Salam , hyep semua :) Semoga Semua Dalam Keadaan yang sihat Sejahtera :)
Hari Nynna nak berkongsi dengan you all semua mengenai SEMANGAT BELAJAR .
Seperti yang kita semua ketahui belajar dengan cara yang salah akan mendatangkan bosan,malas untuk belajar dan macam-macam lagi . Di sini Nynna ingin berkongsi dengan anda semua tentang tips-tips untuk memulihkan semangat ketika belajar! Belajar itu kan penting untuk kita mengecapi kejayaan pada masa kelak! Am I right??
Insyaallah tips di bawah ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua untuk terus bersemangat dan menilai betapa pntingnya pelajaran dalam hidup kita :) 


Bayangkan Kejayaan  
  • untuk meninggikan semangat belajar,terlebih dahula kita bayangkan kejayaan yang bakal kita kecapi.Contohnya ingin menjadi seorang doktor.Kalau kita asyik fikir akan gagal je tentulah semangat tidak boleh disemai dalam minda kita kan.
Cara Memilih Rakan
  • Salah satu faktor yang penting ialah rakan!Sememangnya rakan tidak boleh dipisahkan daripada hidup kita.Oleh itu,cara pemilihan rakan adalah penting sebab segala tindak tanduk kita sentiasa dipengaruhi oleh rakan.Pilihlah rakan yang boleh mendorong kita untuk terus berjaya dan sentiasa membawa kita ke arah yang positif. Jikalau rakan itu baik maka baik lah nama kita serta persepsi orang lain terhadap diri kita :). Ini bukan bermakna kita perlu menyombong dengan rakan yang tidak mahu mengejar kejayaan tetapi seharusnya cubalah cari rakan yang dapat mendorong kita ke arah kejayaan dan hindarilah mereka yang selalu berfikiran negatif! 
Tetapkan Mentor Kita
  • Tetapkan mentor yang mahu dijadikan iktibar.Kemiskinan bukanlah penghalang bagi mengecapi kejayaan.Jadi.cubalah belajar daripada pengetahuan dan pengalaman mereka seperti mendapatkan petua untuk cemerlang , cara mengulangkaji pealajaran di rumah dan sebagainya :).Namun begitu,kadangkala ada juga benda yang tidak dapat kita lakukan , jadi ikutlah kemampuan kita untuk melakukannya.Jadikan kejayaan sebagai minyak yang membakar semangat anda untuk terus mencapai kejayaan yang sama seperti mereka :)
Sentiasa Berfikiran Positif
  • Tidak dapat dinafikan bahawa fikiran yang positif mendorong kita untuk tidak gagal dalam mengejar sesuatu yang amat pnting dalam hidup.Fikiran yang positif berupaya menjana kelakuan yang baik dan tidak terpesong dari landasannya.Jika diri kita selalu memikirkan perkara yang negatif terhadap diri serta keyakinan kita sudah tentunya ia menjadi penghalang serta diumpamakan seperti batu yang berat dan akan menghalang diri kita untuk melakukan sesuatu .Oleh itu , hindarilah daripada berfikiran negatif dan berubah kepada pemikiran yang positif .Bagi setiap masalah yang menimpa jadikan ia sebagai peluang serta pedoman hidup dan bukannya aral yang melintang .Berdoa dan bertawakal kepada yang Maha Esa amat penting kerana Dia yang berkuasa menentukan perjalanan hidup kita serta pasrahlah pada setiap takdir Tuhan kerana sesungguhnya segalanya telah diatur dan dalam setiap satunya tersembunyi hikmah keajayaan.

Inilah tips kejayaan yang dapat Nynna kongsi bersama anda semua :) Hope segala tips di atas dapat membimbing anda semua untuk terus berjaya dalam hidup :) Sekian , wassalam  






Sudah Baca ?? Sila LIKE !!

2 comments:

emydiaz3 said...

nice tips..thanks for sharing..emy pon tgh belajar sambilan lagi nie..hmmm kadang2 tue rasa nak give up je..tapi bila pikirkan kejayaan dan peluang di masa hadapan..still teruskan..=) mari kita tamatkan apa yang kita dah mulakan dengan jaya nya..=)

Cik Nynna said...

emydiaz3 ;

hehe,thax yea sudi follow dan baca blog yang seberapa nieyhh :)
tu la apa apa pun keajayaan mesti di dahulukan :)